Sunday, November 13, 2016

2016

Assalamualaikum!
Fuhh,after a year lah jugak tak sentuh blog ni,takde entry baru.hikhik.Yelah..busy kot as a student,macam aku pernah kata dulu kat entry mane tah..kat blog ni jugak la kot.hehehe gais nak kata aku nak describe pasal 2016 ni panjang sangat lah.Sooooooo many sweet memories that my friends and I create.And yeah,tahun ni tahun first aku kat asrama.Orang masuk time form1,aku baru masuk form 2 hahaha xD.Aku banyak gila post sedih sebab nak masuk asrama,then bila aku baca balik..Ya Allah Masyaallah sakainya T^T,ayatnya semua too childish too handle laa.Ayat frust nak sangat2 masuk asrama tapi tak dapat hahahahahahhaha.Asrama?Its just hokeh.Ada manis ada pahit.Biasa ah tu.Perangai sorang2,yang pelik yang gedik yang skema yang cepat touching yang gila2 ko kena hadap.Kena pandai hadap semua.Hati kena kering weh lagi2 kaki perli,kaki nganjing tu haa.

Sekolah?Kelas?Exam?
OK JE 100% Exam dah lepas.Gembira gila!Bila ingat balik dini kene repeat,aku be like 'heh we're repeated exam faces since upsr' so bertabahlah.Hah,esok aku tak sekolah!2 minggu lagi nak cuti tapi..aku ponteng seminggu hegehehegehe.lek ah,ramai kot membe aku camtu :P will miss my crush!Fuhh pandai dah aku ni crush2.Dah lama do tak ada crush tiba2 form 2 ni nak TERada pulak haduhh.Bukan aku nak sangat pun,its just suddenly came.Rimas senanye.Sape?bagi klu batch sendiri jelah,heh.

Lastly,
Last?! Alaaa macam sikit je apa yang aku tulis ni,tak puas sebab dah lama tak tulis T^T. Kalau ikutkan hati kan,nak je aku tulis satu2 kenangan 2016 dalam entry ni.but its too much laaaaaa.Kekadang aku senyum sesorang macam orang gila bila teringat kenangan tu,dengan dak2 kelasnya bising,gila2 nak mati.Sedih oh tahun depan nanti tak sekelas,hmmmm will miss the residents of 2 Al-Farabi :')


sekolah kesayangan!eh.........:P


Tuesday, June 23, 2015

Ke-tangguh-an :P

Salam alayk!
Yo!
(ni ke cara nak tegur korang?ish ish.)

Hehe.Firstly,nak cakap..aku ni memang suka berimaginasi orangnya.
Bayang benda macam-macam,pelik-pelik,merepek-repek.
sooo,aku pon baru je buat mini novel kat blog ni untuk suka-suka je. :P
Aku cadang nak campur2 apa yang aku berangan dengan apa yang aku baca kat
novel2 like novel cinta,thriller like buku fixi tu.Tapi tapi tetapi.....
Kita hanya mampu merancang,huhuhu.Selalunya kan,kalau aku buat novel,mesti takde
penghujungnya.Dulu2 masa darjah 2, 3 tu rajin gak buat komik ala cinderella then,erk
ada pulak endingnya.Bila aku tengok balik,mak aii aku lukis tu orang ke berudu?
Woi!Lari topik!
sooo dekat sinii,novel tu dijangka akan siap pada tahun 2020.Hehe :3
Sebabnyaaaaaa sebagai seorang pelajar yang berwibawa,jadual nya gila padat!
Takde masa oo.Lainlah aku ni dah kerja,habis belajar,goyang kaki kat rumah :P
Haha,just joke.Ada masa aku curi lah masa nak tulis novel tu.Tajuknya awal2 ni aku
letak The Teenagers dulu.Taktau nak letak tajuk apa.Sebab nya aku nak campurkan
love+thriller.hmm.K dah takde idea. Babai.

Assalamualaikum ^^

Friday, May 15, 2015

2015!

Assalamualaikum :)
Hye.Apa khabar?Huarghhhhhhhhhhhhhh
Lama gila gila aku tak update blog ni,berhabuk!ok ok,relax .
Kejap,tadi kan aku cek balik post aku yang lama2,Masya-Allah!Apa ah yang aku
merepek dan melalut do.Ayat-ayat skema pulak tu.Kalau nak tahu,boleh rujuk dekat blog lama gua . ERROR dan ERROR .
Malu sendiri bila baca post pelik lama2.

Ha...ni ada yang aku belom bagitahu.Kut?
UPSR:4A 1B
PSRA:Jaid Jiddan,85.6%

dan angan-angan aku nak MRSM nak apabenda nak sekolah jauh2 tu,terkubur camtu je.Sedih tak.Haha rilek,aku takdelah tahap nak meroyan ke hapa,huhu.Buat malu je,tulah,eksited sangat sampai apa-apa pon tak dapat.Masin betul mulut Nana :) (Aku ada tulis pasal Nana kat blog ni,scroll ke bawah untuk tahu apa yg jadi :P) hmmm,whatever lah.So,sekarang ni,aku dapat sekolah agama kat Sabak Bernam.Tak asrama pon.Tahun depan nak cuba mohon :)
Yelah aku kan memang teringin gilaa nak masuk asrama.Dari dulu lagi tapi yelah,takde rezeki.Nama sekolah aku panjang sangat.Ceh :3.

SAMT Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Batu 38 Sabak Bernam,Selangor.
(SAMTSSAAS atau IHSOS,Islamic High School of Salahuddin) aichewah :P

Kelas:1 Ibnu Batutah. :)

Tuesday, December 9, 2014

Kem Herba :'(

   Assalamualaikum semua ^_^...aku tak tahu kenapa sekarang ni nak sangat cakap I miss you!I love you kepada readers blog ni..Jangan rasa pelik pulak hahah.Aku rindu semua orang sekarang ni..2 minggu lepas dahlah aku takde..23 hb 11 hingga 6 hb 12 aku gone..minggu pertama ada Kem Tahfiz.Minggu kedua pulak Kem Super Insan..Masa 26 hb 11 tulah result UPSR keluar..terpaksalah tunggu habis kem baru tahu..2 minggu tak jumpa mak abah ngan kawan2.rinduuuuu!hahah..kalau aku tak pergi Kem Tahfiz dapat pergi reunion kat kfc 27 hb sempena masing2 berpisah nak ke sekolah menengah.tak takpelah..and then bila aku dah balik..jumpa je geng2 aku kat taman.Aku peluk diorang.haha.Azimah,Jannah dengan Erin.Result aku?Hehee..UPSR ngan PSRA semua sipi2 je nak gempak.Aku dapat 4A 1B dengan Jaid Jiddan!B tu Sains..tahun ni ramai orang yang B sains.kawan2 aku kat kem tahfiz pon ramai yang tak dapat A sains.Huhu.

  Okey nak cerita pulak kenangan manis dekat kem.Minggu pertama,kem tahfiz..ha faham-fahamlah..^_^ Bangun qiam..sentiasa dengan Al-Quran..semuanya lah..Kawan yang aku dapat is Anis ngan Alis...Budak2 dorm pon kawan aku jugak.Alhamdulillah diorang semua sporting..Teringat pulak gila-gila Rafikah tapi sayangnya dia tak ikut KSI.Malam tu ingat lagi dia kata nak WWE aku.Aku pon hmm layankan ajelah tapi malangnya malam tu penat sangat ade ape entah.Tertidur aku dibuatnya.Esoknya Rafikah membebel x dapat WWE aku.Hahah I miss Rafikah :'( Cepat aje masa dah habis seminggu.Sebenarnya boleh aje balik tapi aku stay kat Kem Herba tu..Kakak aku kata sebenarnya mak abah nak jemput kitorang pastu abah kata tak payahlah..nanti budak2 tu nak terus balik taknak datang balik haha.Aku datang Kem tu dengan 2 orang abang aku,Najib ngan Zahid and sorang adik,Aneesa.Aku geram betul layan kerenah adik aku ni..masa minggu pertama tak habis2 menangis..anak manja katekan..

  Minggu kedua,Kem Super Insan atau KSI.Aktiviti dia ni lasak sikit.Ustaz Ustazah masa Kem Tahfiz ditukar panggilan Pak Mak..Ada Pak Long,Pak Teh,Pak Tam,Pak Uda,Pak Njang,Pak Cu,Pak Cak,Pak Ngah,Pak Lang..ha itu aje kot.Mak pulak ada sorang je,Mak Ndak.Diorang ni lah fasi kitorang yang tersayang!Semua sporting.Aku kumpulan Khalid Al-Walid dibimbing oleh Pak Long :)
Warna cendana pulak putih.Aktiviti yang aku ingat,kena buat kasut dengan surat khabar..pastu letak telur dalam kasut tu jgn bagi pecah..Lilin..main bola beracun.roundes..memanah..paintball..jungle tracking..main checkpoint dekat taman negeri selangor.Aku paling suka main checkpoint tu..pastu bila balik tu hujan..:) tulah kenangan paling indah dalam hidup aku dengan kawan2 kat sana..aku tak tau kenapa aku paling suka time berjalan balik kem dalam hujan tu..:) memang best lah MasyaAllah..takkan aku lupakan kenangan tu.Diorang semua sporting gila.Kawan baik yang aku dapat Misha ngan Hanah..Semua budak laki pulak gila-gila.Diorang suka buat suara besar dorang masa trademark Pak Ngah,,TAKUT TAK TAKUT,GENTAR TAK GENTAR,CUAK TAK CUAK CUAK,CUAK TAK CUAK CUAK.nilah trademark nye..Pastu masa malam perpisahan tu..ramai nangis..I donno why kenapa aku tak menangis..Tapi bila betul2 dah hari terakhir tu..baru aku menangis..masa baca doa iman ramai2..aku menangis do..Yang malunya Zack nampak aku menangis..Alamak aii.I always love the moment at Kem Herba.OK sampai sini je rasanya..Assalamualaikum :)

Sunday, September 14, 2014

Haha

    Haha?Hahha lawaknya..my UPSR ditangguhkan.Aku takdelah marah sangat meroyan-royan,mengamuk.i not type as that laa.Aku tengok calon upsr semua nak update status.Okey,this is my blog okay,thats mean i can say what i like.Aku rasa tak perlulah kot nak wat status camtu.Nampak sangat bataknya..Aku pon budak upsr tapi takdelah sampai camtu.Tahlah.diorang tu baru 12 tahun do.Aku tak tahulah 10 tahun akan datang diorang ni camne.Lagi2 tang budak hot tu.Memang dapat perhatian laa.I with my friends not 'budak hot' lah kat fb..Ada lah seorang dua.Tapi okey lah kan kitorang ni baru 12 tahun..tak besar lagi.tak dewasa lagi..jadi macam..Macam sedar diri..Aku tengok kan..diorang ni pon ada pakai Iphone.Haa terkejut dokk?Ni pendapat aku aje.Sape yg baca blog ni and then dia terasa mintak maaf lah ye.Just my pendapat.Bersederhanalah~~



Ha nah hadiah..Senyum sokmo..K lah bye :D

Sunday, August 31, 2014

Rojak Rojak -_-

   Hai wasap semua!Ko tengok tajuk sekarang!Tengok!Okey dah tengok ann.Rojak rojak.Why with rojak?Heii,tajuk rojak lah!Itupun tak boleh nak pikir :P *ketukketukkepala* Aku ni dah kenapa dou tengah-tengah hari ni?Gila eh..-..-.Aku buntu nih nak tulis apa untuk korang semua..Aku kasi gambar jelah ye =DD


Meow meow!Ni bola ke kucing haaa?!Comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!Okey memandangkan ni tajuk rojak,aku nak cakap bercampur-campur lah ye hehe :3 Haa tadi n malam tadi aku replay balik cerita Love You Mr Arrogant sebab tahun lepas aku tak layan sangat..Sekarang ni kan setiap Ahad ada ulangannya..Aku tengokk alolololo sweetnyaa!Irham hensem!Aku teringin nak beli novelnya..Aaa mengidam!Sekarang aku dah macam hantu novel and i donno why laa uhuk uhuk.Tak sedar diri nak periksa -...-


Friday, July 4, 2014

Okey blog keempat :P

   Hyee masuk ni dah empat blog aku hada.Aku tak puas hati yg sebelum-sebelum ni punya dan kali ini nak cantik-cantik pulak hihi. Ayat yang agak skema oh sadisnya.

Buat masa ni aku nak hias hitam putih dulu.Ok tengok kerajinan aku malam ni yah.Haha..and I have something for you.Hari ni hari keenam kan kita.....kita apa?Yess yesss kita berpuasa!Nah for you dear viewers.



Very simple tulah aku paling suka yang ini dari yang lain.Semoga kita selamat berpuasa sampailah 1 Syawal hihihihi.Okey aku baju kurung sebijik and jubah sebijik hehe.Raya puas-puas sebab apa?Haa sebab apa?Tapi bagi aku jelah ek,sebabb..aku UPSR tahun ni.Adeshh gementar walawehh..Semakin dekat dengan tarikh periksa,terasa kecut perut pulak.Tahun ni aku nak gila-gila habisan dengan ma lovely friends buat apa yang kita suka selagi ada masa ni sebelum masing-masing terpisah..Gelak sampai terkeluar gusi..nanti rindu semua kenangan tu,right ? :D